Lirik Lagu Siqma – Cemas

Judul Lagu : Cemas
Penyanyi : Siqma

Lirik Lagu Cemas

Pre Chorus

Jiwa cemas otak cemas badan tak menentu,
Rasa cemas muka cemas macam nampak hantu.

Chorus

Makin cemas jiwa terasa,
Bila ku lihat cerita dunia,
Cuba tenang tapi tak bisa,
Gundah gulana nampaknya dimata

Verse 1

Berita ke udara udara dah dicemar,
Cemas takut tewas dek berita yang digempar?,
Virus yang menular atau viral yang dikejar?,
Simpan silap dalam tangan orang lain yang dicema,
Tangan dah dicuci sorok dalam saku,
Elak sebar kuman atau informasi tipu,
Mulut dah bertopeng cakap biar ragu ragu,
aklimasinya media jurang inflamasi lipu,

Cemas!

makin ramai yang dipoket mahu kaut untung,
Di tipu masa kini belakang atau hujung,
Tak kira warna kulit atau yang disanjung,
Yang si akalnya bijak atau yang si akal bambung.
Citarasa rakyat makin dengar makin gayat,Makin naik tinggi makin rasa tak selamat,
Pendapat? pendapatan ataupun kerna darjat,
Betulkah masih sempat? Ataunya hampir kiamat?

Pre Chorus



Jiwa cemas otak cemas badan tak menentu,
Rasa cemas muka cemas macam nampak hantu.

Chorus

Makin cemas jiwa terasa,
Bila ku lihat cerita dunia,
Cuba tenang tapi tak bisa,
Gundah gulana nampaknya dimata

Verse 2

Gelombang yang kedua sentuhan pada agama,
yahudi, hindu, kristian, islam, mahu juga budha,
Yang tua atau muda, tak kira apa bangsa,
Yang mahunya dilihat unsur sejagat manusia,
Pertuturan di nilai,
Pergerakan di lihat,
Penglihatan di nilai
Diatur dalam niat
Kebaikkan di nilai,
Kejahatan di lihat,
Rohani dah di nilai kini alam yang melihat,
Tiba masa untuk bersihkan segala,
Jangan haru biru kan segalanya yang ada,
Jika ada selera boleh cuba tepuk dada,
Bilakah mahu aman? Kan kita semua sama?,
Meditasikan diri waktu masa yang di beri,
Cuba belajar guna akal untuk tambah lagi seri,
Sebelum nya terlambat dunia makin huru hara,
Tiada lagi suka suka hanya tinggal buku lara,

Chorus

Jiwa cemas otak cemas badan tak menentu,
Rasa cemas muka cemas macam nampak hantu.

Chorus

Makin cemas jiwa terasa,
Bila ku lihat cerita dunia,
Cuba tenang tapi tak bisa,
Gundah gulana nampaknya dimata

Leave a Comment